Hormati PRU14, Konsert Lagenda Rock 2018 Ditangguhkan

Konsert Rock Legend 2018 membabitkan dua kumpulan terkenal, May dan Prime Domestic, yang sepatutnya berlangsung di Serdang pada 5 Mei depan ditangguhkan.

Menurut penganjur acara terbabit, Grandstage Sdn Bhd, tarikh baru konsert berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

"Pihak penganjur mengambil langkah ini bagi menghormati peminat yang ingin melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang ditetapkan pada 9 Mei depan.

"Tarikh penganjuran konsert yang hanya beberapa hari sebelum tarikh mengundi dijangka sedikit sebanyak akan mengganggu perancangan peminat yang sebahagiannya mungkin perlu pulang ke kampung halaman untuk menjalankan tanggungjawab membuang undi.

"Oleh itu, pihak penganjur berasakan langkah menangguhkan konsert ini adalah wajar setelah mengambil kira kepentingan semua pihak," kata kenyataan berkenaan.

Peminat yang sudah pun membeli tiket masih boleh menggunakannya apabila konsert dua kumpulan rock itu diadakan kelak.

Maklumat lanjut, peminat mengikuti laman sosial Zhardreamstage dan Prime Domestic atau melayari www.ilassotickets.com serta www.dreamstageconcert.com.
Hormati PRU14, Konsert Lagenda Rock 2018 Ditangguhkan Hormati PRU14, Konsert Lagenda Rock 2018 Ditangguhkan Reviewed by Kakigosip on 13:34:00 Rating: 5
Powered by Blogger.