Hidangan Burger Restoran Cef Selebriti James Martin Dikritik

 Seorang pengacara televisyen tempatan mengkritik restoran burger milik cef selebriti gara-gara tidak berpuas hati dengan kualiti burger yang dijual pada harga AS$13 (RM50).

Pengacara rancangan Saturday Morning stesen televisyen ITV, Ewen Cameron menyifatkan burger keju yang dihidangkan kepadanya oleh James Martin Kitchen di Lapangan Terbang Glasgow di sini sebagai paling teruk.

Cameron mengemukakan aduan kepada Martin menerusi Twitter dengan menyatakan dia menerima sebiji burger tanpa hirisan bawang, sos dan salad di mana ia berbeza daripada iklan restoran berkenaan.

..

"Kepada James Martin, saya sebenarnya tidak mahu membuat aduan tetapi anda perlu melihat nama anda yang tertera di Lapangan Terbang Glasgow. Ini adalah burger keju di restoran anda dan dijual pada harga AS$13.

"Anda pasti berasa sakit hati memandangkan anda seorang lelaki yang mengagung-agungkan makanan,” kata Cameron di Twitter.

Martin kemudiannya memberi jaminan untuk menyiasat perkara itu secara peribadi dan mengemukakan permohonan maaf kepada Cameron.
Hidangan Burger Restoran Cef Selebriti James Martin Dikritik Hidangan Burger Restoran Cef Selebriti James Martin Dikritik Reviewed by Kakigosip on 20:28:00 Rating: 5
Powered by Blogger.