Harap ke jinjang pelamin: Hafreez Adam

SIAPA sangka, lokasi penggambaran telenovela, Mona Lisa membenihkan bibit cinta di antara Hafreez Adam dengan Zara Zya.

Tambahan pula, kata Hafreez, penggambaran drama adaptasi Two Women's Room itu mengambil tempoh yang panjang.

"Awalnya, saya dan dia tak ada banyak babak bersama pun.

"Tapi, kami boleh jadi kawan baik dan akhirnya rapat selepas berbulan-bulan menjalani penggambaran bersama-sama," katanya.

Bahkan, selebriti berusia 28 tahun ini mengakui Zara juga banyak membantunya ketika di lokasi.

"Terus-terang, saya selesa dengan dia. Dia sangat ceria dan komited dalam kariernya selain mudah dibawa berbincang.

"Dia juga tak kedekut ilmu, matang dan tegas serta tahu apa diinginkan," katanya.

Pada masa sama, pelakon drama bersiri Bila Hati Berbicara ini juga tidak kisah dengan perbezaan usia di antara mereka.

Baginya, usia hanyalah sekadar angka kerana faktor penting dalam sesebuah hubungan adalah keselesaan dan keserasian di antara satu sama lain.

"Apapun, saya ikhlas dalam menjalin hubungan cinta ini. Doakan yang terbaik buat kami.

"Saya rasa serasi dan senang dengan dia kerana kami saling menyokong.

"Saya juga mengharapkan agar hubungan ini berakhir ke jenjang pelamin," katanya.

Selain Hafreez dan Zara, Mona Lisa turut dibintangi Nazim Othman, Mona Allen, Roy Azman, Amyza Adnan, Fatin Afeefa dan ramai lagi.

Telenovela arahan Shahrulezad Mohameddin itu menemui penonton di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135), setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang mulai 20 Mac lalu.
Harap ke jinjang pelamin: Hafreez Adam Harap ke jinjang pelamin: Hafreez Adam Reviewed by Kakigosip on 05:31:00 Rating: 5
Powered by Blogger.