Hannah Delisha Ada Permit Kerja Yang Sah

Pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha, 22, mengakui dia memiliki permit kerja yang sah dan tidak pernah berhadapan dengan sebarang masalah dokumentasi sejak mula membina kerjaya seni di negara ini.

 "Alhamdulillah, setakat ini saya tiada masalah mengenainya.

"Lagi pula, ia adalah proses utama yang penting demi membina karier di sini,"katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Tambahnya lagi, semua urusan dokumentasi diuruskan oleh syarikat pengurusan bakat yang dinaunginya.

"Biasanya, pihak pengurusan yang akan membuat permit kerja untuk setahun", tuturnya.

Selepas berjaya meraih populariti menerusi drama Mencintaimu Mr. Photographer, Hannah berkata dia bersyukur kerana kerap menerima tawaran berlakon di sini.

Malah dia terpaksa menolak beberapa tawaran dari dari negara kelahirannya, memandangkan jadual karier seninya di sini penuh sehingga akhir tahun ini.

Selain lakonannya, percubaannya dalm dunia nyanyian juga semakin diterima peminat.

Setakat ini, dia sudah memiliki empat single iaitu Anugerah, Baby Bro, Esok Masih Ada dan Tak Perlu Kata Apa-Apa.
Hannah Delisha Ada Permit Kerja Yang Sah Hannah Delisha Ada Permit Kerja Yang Sah Reviewed by Kakigosip on 20:19:00 Rating: 5
Powered by Blogger.