Giliran Amy Search tawan Gunung Annapurna

SELEPAS anaknya, Nabila Huda, berjaya  Gunung Annapurna, Nepal, September tahun lalu, kini giliran legenda rock terkenal, Amy Search menawan gunung yang terletak di Banjaran Himalaya itu.

Menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram peribadinya, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman telah memulakan pendakian sejak 10 April lalu dan turut ditemani isterinya, Norhasniza Hassan, 40 tahun.

"Alhamdulillah kami dah smpai Jhinudanda 1780meter paras laut dengan 19km dri Siwai. Esok (hari ini) nak menghadap tangga beribu ribu ke Chomprong," tulisnya.

Manakala dalam posting terbaru, kira-kira jam jam 11 pagi tadi, Amy memaklumkan dia kini dalam perjalanan ke Teurali.

Rata-rata peminat melahirkan rasa kagum dengan kekuatan dan usaha bintang yang bakal menginjak ke usia 60 tahun, Julai depan dalam melakukan ekspedisi yang memerlukan tenaga dan usaha kuat.

Nabila sendiri menerusi perkongsian pengalaman menawan gunung pada ketinggian 4,130 meter dari aras laut pada Oktober lalu mendedahkan, dia melalui pengalaman mendera emosi sendiri ketika dalam proses menawan Kem Pangkalan Annapurna (ABC), Gunung Annapurna.

Dia melalui pelbagai cabaran sukar sehingga pada suatu ketika, dia berasa patah semangat, sebelum akhirnya berjaya ke ABC dalam masa empat hari.
Giliran Amy Search tawan Gunung Annapurna Giliran Amy Search tawan Gunung Annapurna Reviewed by Kakigosip on 05:48:00 Rating: 5
Powered by Blogger.