Gayatri Jawab Tuduhan Dirinya Orang Ketiga

Penerbit terkenal Gayatri Su-lin Pillai menyangkal dakwaan dirinya punca hubungan cinta bekas kekasihnya, Zul Ariffin dengan pelakon Zahirah Macwilson berakhir sejak lebih sebulan lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Gaya berkata dia sudah menganggap Zul sebagai sahabat baik dan mereka akan terus berkawan seperti biasa.

"Saya dan Zul sudah berkawan baik hampir sedekad. Banyak kami lalui bersama, baik ataupun sebaliknya, sejarah kami hanya kami dan keluarga yang tahu.

"Kami akan tetap berkawan, selagi Tuhan izinkan, sebab saya terkenang budi Zul kepada saya dan keluarga yang tidak boleh dibalas dengan wang ringgit pada satu ketika dulu.

"Tiada istilah menjadi orang ketiga dalam perhubungan Zul. Namun kami saling berkomunikasi danberjumpa atas urusan kerja,” katanya.

Gaya bagaimanapun tidak berkecil hati atau marah apabila dikaitkan sebagai orang ketiga dalam perhubungan Zul dengan Zahirah.

"Saya tidak marah atau berkecil hati. Walaupun dari dulu saya kunci mulut dan tidak memberikan komen mengaibkan sesiapa, saya tetap menerima provokasi serta hinaan melalui media sosial.

“Namun begitu, saya tidak mengambil pusing atau melayan sebarang bentuk provokasi, kerana bagi saya tidak guna membuang masa melayan mereka yang hanya berani di media sosial namun tidak berani untuk bersemuka dengan saya sendiri.

“Biarlah orang nak kata apa-apapun, kami tidak boleh tutup mulut ataupun puaskan hati semua orang.

“Kalau fikir secara logik berbaloi ke saya putuskan hubungan persahabatan dengan Zul? Dia seorang pelakon yang berbakat besar. Jadi saya harus bekerjasama dengan dia dan mendorong dia untuk lagi berjaya dalam industri,” katanya.

Dalam pada itu Gaya mengaku dia sudah mula belajar mendalami agama Islam sedikit demi sedikit malah dia gembira kerana apa yang dilakukan mendapat sokongan orang sekeliling.

"Memang betul saya pernah beritahu Zul saya berhasrat mendalami Islam beberapa tahun lalu dan sejak itu saya cuba belajar sikit demi sikit untuk memahami lebih tentang Islam.

“Saya bernasib baik sebab ramai disekeliling saya dapat memberi dorongan dan nasihat kepada saya dan saya amat menghargainya,” katanya.
Gayatri Jawab Tuduhan Dirinya Orang Ketiga Gayatri Jawab Tuduhan Dirinya Orang Ketiga Reviewed by Kakigosip on 13:49:00 Rating: 5
Powered by Blogger.