Gaya Hidup Berbeza Punca Channing Tatum & Jenna Dewan Bercerai?

Berita perpisahan pasangan ideal Hollywood, Channing Tatum dan Jenna Dewan ternyata mengejutkan ramai pihak.

Selama sembilan tahun mendirikan rumah tangga, kehidupan yang dijalani pasangan suami isteri ini kelihatan cukup bahagia.



Namun menurut sumber, perasaan cinta antara mereka sebenarnya sudah lama berubah. Kini Channing dan Jenna sudah tidak lagi bergekar suami isteri namun, mereka tetap sebagai sahabat.

"Hubungan mereka berdua seperti sahabat. Tidak pernah ada 'drama' atau pertengkaran.

"Mereka hanya memberi tumpuan kepada karier dan menjalani kehidupan serta merasakan lebih baik berpisah tanpa ada hubungan asmara," deah sumber seperti yang dilapor US Magazine.

Difahamkan perbezaan gaya hidup antara yang disebut menjadi salah satu alasan psangan ini membuat keputusan untuk bercerai. Lebih-lebih lagi, sekarang karier lakonan Channing kini sedang berada di puncak.

"Jelas menunjukkan keinginan mereka berdua itu berbeza," kata sumber itu lagi.

Channing Tatum dan Jenna Dewan bertemu pertama kali ketika sama-sama membintangi filem Step Up pada tahun 2006. Mereka berkahwin pada 2009 dan dikurniakan seorang anak diberi nama Everly, kini berusia lima tahun.

Gaya Hidup Berbeza Punca Channing Tatum & Jenna Dewan Bercerai? Gaya Hidup Berbeza Punca Channing Tatum & Jenna Dewan Bercerai? Reviewed by Kakigosip on 20:26:00 Rating: 5
Powered by Blogger.