Faye Kusairi selamat bergelar ibu

PELAKON dan pelumba kereta profesional, Faye Kusairi, 31, selamat bergelar ibu Isnin lalu.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, pemilik nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi ini bukan sahaja menyambut ulang tahun pertama perkahwinan, tetapi juga menimang cahaya mata sulung.

"Bismillahirrahmannirrahim... Assalamualaikun semua, Mommy nak kongsi berita baik buat semua yang menanti.

"Pada 9hb April lalu, saya dan suami bukan sahaja menyambut 1st year Anniversary kami. Tanpa diduga dengan izin dan keredhaan Allah SWT, kami dikurniakan seorang putera pada hari yang sama.

"Syukur Alhamdulillah, Mommy dan baby sihat. Mommy just still penat sikit, tu yang lambat berkongsi. Maaf ya?

"Nanti nanti kami akan kongsi nama putera kami pula. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan baby," tulisnya.

             
Anak kelahiran Sarawak ini turut berkongsi sebahagian muka putera sulungnya.

Rata-rata pengikut di Instagram turut teruja melihat gambar bayi berkenaan dan turut mengucapkan tahniah.

Faye , memaklumkan dia sudah ada tanda-tanda awal untuk bersalin dan juga berpeluang melahirkan anak secara normal apabila urinya kini kembali berada di atas.

"Doktor memaklumkan bukaan rahim sudah 1cm dan saya akan bersalin dalam sehari dua lagi.

"Lebih teruja apabila melalui pemeriksaan yang dibuat tiga minggu lalu, doktor mengesahkan kedudukan uri sudah kembali normal, jadi saya boleh bersalin secara normal," ujarnya.

Tambah Faye, biarpun sudah merasai kontraksi awal, namun dia masih berada di rumah dan sempat menyiapkan tempahan kek lapis.

"Doktor benarkan saya balik kerana bukaan jalan baru 1cm.

"Walaupun dah rasa sakit sikit-sikit, tapi masih sempat baking kek lapis," katanya sambil ketawa.

Faye sebelum itu berdepan dengan ujian Placenta Previa (PP) atau masalah uri di bawah yang dikesan ketika usia kehamilan 30 minggu.

Mengikut perkiraan, isteri kepada pengarah Azmi Hatta ini sepatutnya bersalin 7 April lalu.
Faye Kusairi selamat bergelar ibu Faye Kusairi selamat bergelar ibu Reviewed by Kakigosip on 05:46:00 Rating: 5
Powered by Blogger.