Faye-Azmi Dapat Anak Lelaki Dihari Ulang Tahun Perkahwinan

Tahniah diucapkan kepada pelakon Faye Kusairi yang selamat melahirkan bayi lelaki pada 9 April (Isnin) lalu.

Lebih manis, kebetulan tarikh lahir anak sulungnya itu sama sama dengan tarikh ulang tahun perkahwinannya dengan suami, pengarah Azmi Hatta.

Menerusi akaun Instagram, Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 32, berkongsi berita gembira tersebut.

"Saya ingin kongsi berita baik buat semua yang menanti. Pada 9 April lalu, saya dan suami bukan sahaja menyambut hari ulang tahun perkahwinan kami yang pertama.

"Tanpa diduga dengan izin dan keredhaan Allah SWT, kami dikurniakan seorang putera pada hari yang sama,” tulisnya di Instagram, semalam.

Menurut pelakon yang mula dikenali selepas membintangi drama Istikharah Cinta ini, dia terlewat berkongsi berita tersebut dengan peminatnya disebabkan masih lagi berasa penat selepas melahirkan zuriatnya itu.

Dalam pada itu, Faye akan mengumumkan nama putera sulungnya dalam masa terdekat dan mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan mereka berdua.

"Syukur Alhamdulillah, saya dan bayi sihat. Saya masih lagi penat sedikit, itu yang lambat berkongsi. Nanti-nanti kami akan berkongsi nama putera kami pula. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan bayi," ujarnya.

..

Faye berkahwin dengan Azmi pada 9 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kondominium D’Pines, Ampang.

Ia merupakan perkahwinan kali kedua Azmi yang sebelum itu pernah berkahwin dengan penyanyi Elly Mazlein pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015.
Faye-Azmi Dapat Anak Lelaki Dihari Ulang Tahun Perkahwinan Faye-Azmi Dapat Anak Lelaki Dihari Ulang Tahun Perkahwinan Reviewed by Kakigosip on 14:37:00 Rating: 5
Powered by Blogger.