Fadzil nafi gaduh dengan Farid Kamil

FADZIL Zahari menafikan dakwaan yang mengatakan hubungannya dengan Farid Kamil yang juga abang kandungnya kini sedang bermasalah.

Dakwaan tersebut mula timbul apabila kelibat Fadzil tidak kelihatan ketika Farid mengadakan majlis sidang media tentang kontroversi yang melandanya baru-baru ini, malah dikatakan tidak lagi mengambil tahu perkembangan terkini Farid.

Sebelum ini ramai sedia maklum Fadzil adalah individu yang setia menyokong Farid sepanjang pelakon tersebut berdepan ujian, malah menjadi penjamin kepada abangnya itu bagi kes-kes mahkamah yang dihadapinya.


“Saya dan Farid masih baik. Mana ada kami gaduh. Tak baik buat fitnah yang bukan-bukan.

“Saya selalu mengingatkan diri bahawa tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan. Saya akan sentiasa menyokong dan berada di sampingnya walau bermacam dugaan harus ditempuhinya,” katanya kepada sebuah akhbar harian.

Menurut Fadzil, dia kini tidak lagi menjaga kerjaya seni Farid selepas pelakon itu dibebaskan  daripada tahanan kerana pelakon tersebut mempunyai pengurus sendiri, Saufee Miftah.

Tambah Fadzil ketika abangnya di tahan di balai polis, sudah menjadi tanggungjawab dia dan adik-beradiknya yang lain untuk membantu menguruskan perkara tersebut.

Namun selepas dibebaskan, suami kepada Yana Samsudin ini berasakan adalah lebih baik tidak mencampuri urusan Farid terutamanya soal kerjaya.

“Saya akan menyokong dan akan sentiasa membantunya dari belakang,” ujar Fadzil lagi.
Fadzil nafi gaduh dengan Farid Kamil Fadzil nafi gaduh dengan Farid Kamil Reviewed by Kakigosip on 19:22:00 Rating: 5
Powered by Blogger.