Elfira semput di Kuching

DEK kesibukan kerja dan menyertai beberapa siri jelajah expo, pengacara dan pelakon, Elfira Loy, jatuh sakit di Kuching, Sarawak.

Menerusi perkongsian di Instagram peribadinya, selebriti berusia 24 tahun itu berada di negeri bumi kenyalang bagi menyertai expo Mood Republik.

Bagaimanapun dia mengalami masalah semput sehingga tidak dapat menghadirkan diri pada saat akhir biarpun sudah berada di sana.

"Sorry orang Sarawak, kamek (saya) cuba kuat juak kamek (saya) sik (tak) dapat , see you next time. Tadi semua memang happening ramai datang .

"To @moodrepublik team , thank you for having me. See you next location ! | @el.elfiraloy | BOOTH 13 .

Ada banyak casual tops & pants yang anda boleh dapatkan," tulisnya.

Rata-rata peminat mendoakan Elfira agar cepat sembuh.
Elfira semput di Kuching Elfira semput di Kuching Reviewed by Kakigosip on 06:07:00 Rating: 5
Powered by Blogger.