Dukun Tak Sesuai Untuk Tayangan Umum?

Sejak beberapa hari lalu, perihal "Perempuan Berkebaya Merah" telah menjadi topik bualan hangat masyarakat sekaligus tular di media sosial.

Rupanya-rupanya, ia berkaitan dengan tayangan filem yang mencetuskan kontroversi dan ditunggu-tunggu ramai iaitu Dukun.

Penerbit Astro Shaw mengesahkan filem tersebut akhirnya dapat ditayangkan di layar perak mulai 5 April (Khamis) ini. Tepat jam 12 malam tadi, trailer rasmi filem Dukun yang menampilkan Datin Paduka Umie Aida selaku watak utama telah dilancarkan.

Bagaimanapun, ada pihak yang mendakwa filem tersebut tidak sesuai untuk tayangan umum.

Menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), pelbagai pertanyaan dan rugutan daripada banyak pihak yang mendakwa filem tersebut membawa kesan negatif dan tahyul kepada masyarakat kita terutama kepada golongan muda.

Rungutan juga berkaitan filem ini yang dikatakan dibenarkan untuk tayangan 13 tahun. Selain itu, beberapa golongan agamawan juga dikatakan kurang selesa dengan perkembangan arah tuju industri perfileman negara yang dikatakan perlu mempunyai arah tuju yang lebih jelas.

Malaysian Digest difahamkan, PPIM akan mengadakan satu sidang media khas berkaitan isu tersebut pada petang ini.

Dukun yang menjalani penggambaran pada 2006 diadaptasi daripada kes pembunuhan berprofil tinggi membabitkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa pengamal ilmu hitam.

Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) mengharamkan filem berkenaan kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga pihak terbabit.

Filem yang 'tagline' Akhirnya Kita Bertemu ini memaparkan kisah perihal ketaksuban manusia terhadap kekayaan, kuasa, kecantikan, keremajaan abadi dan darah yang tumpah dalam mengejar semuanya.

Sekitar Februari lalu, filem arahan Dain Said itu bocor di internet sehingga dapat ditonton selama 1 jam 35 minit.

Selain Umie, filem turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Adlin Aman Ramli, Namron, Faizal Hussein, Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Mislina Mustafa, Soffi Jikan, Hasnul Rahmat, Elyana dan ramai lagi.
Dukun Tak Sesuai Untuk Tayangan Umum? Dukun Tak Sesuai Untuk Tayangan Umum? Reviewed by Kakigosip on 05:34:00 Rating: 5
Powered by Blogger.