Dua Hari Dalam Sel, Salman Tolak Makanan Penjara

Meskipun berstatus selebriti namun aktor terkenal Salman Khan menjalani hukuman serta kehidupan di penjara seperti mana banduan lain.

Lapor media India, tiada layanan istimewa diberikan kepada Salman selama di penjara. Dia tidur di atas lantai dengan beralaskan empat helai selimut dan diberikan makanan penjara seperti tahanan lain.

Namun, Salman dikatakan menolak makanan penjara yang diberikan kepadanya yang mana hidangan tersebut ialah air teh, sayur kol, kentang dan kacang. Selain, dia juga membuat aduan mengenai tandas.

Terdahulu, pada 6 April lalu, Salman menghadiri perbicaraan kes di mahkamah dengan diiringi beberapa pengawal peribadinya.

Hakim memutuskan bintang berusia 52 tahun itu bersalah kerana melakukan pemburuan haram terhadap kijang spesis blackbuck. Pemburuan tersebut dilakukan Salman pada 1 Oktober 1998 ketika menjalani penggambaran filem Hum Saath Saath Hain.

Salman dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun.

Perkembangan terkini, Salman telah dibebaskan dengan bersyarat dari penjara Jodhpur pada 8 April. Berita kebebasan aktor betubuh sasa ini disambut gembira oleh keluarga dan para peminat. Dia dibenarkan ikat jamin sebanyak RP 10 juta.

Ketika Salman keluar dari penjara, ratusan peminat bersorak menyambutnya di depan penjara Jodhpur dengan sorakan. Sebagai tanda terima kasih atas sokongan, Salman sempat membalas senyum kepada peminatnya.
Dua Hari Dalam Sel, Salman Tolak Makanan Penjara Dua Hari Dalam Sel, Salman Tolak Makanan Penjara Reviewed by Kakigosip on 14:50:00 Rating: 5
Powered by Blogger.