Dilabel Kufur Nikmat, Suhaimi Saad Bidas Kecaman Isu Buang Ubat

Baru-baru ini nama bekas anggota kumpulan nasyid In-team, Suhaimi Saad sekali lagi menjadi bahan bualan hangat netizen selepas berkongsi status mengenai rawatan yang diterimanya di sebuah hospital serta tindakannya membuang ubat ke dalam tong sampah.

Ramai yang mengecam tindakan suami kepada penyanyi Ina Naim itu sekaligus dia dilabelkan tidak bersyukur.

Sementara seorang pengamal perubatan, Dr Ahmad Zakimi Abdullah menerusi laman Facebook pada Selasa lalu meluahkan rasa terkilan dengan tindakan 'kurang sihat' Suhaimi. Dia juga menyelar dan menganggap tindakan penyanyi itu menjengkelkan serta memalukan umat Islam.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan doktor itu dan menanggap tindakan Suhaimi keterlaluan dan seolah-olah tidak tahu erti bersyukur. Sehingga hari ini, ia dikongsi hampir tiga ribu pengguna Facebook dan menerima lebih seribu komen.

..

Memetik laporan mStar online, Suhaimi menyifatkan tindakan doktor berkenaan yang menulis surat terbuka kepadanya sekadar satu taktik untuk menumpang populariti atas isu yang sedang tular.

Dia sekaligus menafikan tuduhan bahawa dirinya anti hospital dan menganggap isu itu sengaja diperbesarkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

"Saya hanya berkongsi pengalaman sahaja, bukannya saya berbangga buang ubat ataupun berniat nak hina pihak hospital.

"Tapi mungkin kesilapan saya berkongsi perkara itu di Facebook sehingga disalah tafsir oleh orang ramai. Kalau doktor itu ikhlas, boleh saja hubungi saya secara peribadi, bukannya buat surat terbuka," katanya.

Tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan, justeru dia mengambil keputusan untuk memadam dan menyekat mana-mana komen di ruangan Facebooknya jika ada yang masih bercakap mengenai isu berkenaan.

Minggu lalu, Suhaimi telah berkunjung ke sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan bagi membuat pemeriksaan kerana mengalami sakit perut. Dia bagaimanapun diberitahu mengalami masalah pembuangan air dan diberi ubat bagi mengatasi masalah berkenaan.

"Saya tahu mengenai diri saya. Saya tiada masalah buang air. Jadi, tiada guna ubat itu diberi kepada saya.

"Saya pun tak biasa dengan hospital dan tak tahu mengenai kewujudan kaunter pemulangan ubat. Sekembalinya ke rumah, saya buang jelah.

"Bila dah tular, selain komen pasal ubat, ada pula yang kaitkan dengan hal anak isteri saya. Pada saya, ada cara yang betul untuk menegur," katanya lagi.
Dilabel Kufur Nikmat, Suhaimi Saad Bidas Kecaman Isu Buang Ubat Dilabel Kufur Nikmat, Suhaimi Saad Bidas Kecaman Isu Buang Ubat Reviewed by Kakigosip on 04:42:00 Rating: 5
Powered by Blogger.