Dazrin Kamarudin timang anak lelaki

PELAKON Dazrin Kamarudin kini bergelar bapa apabila isterinya, Nur Fazulin Razali selamat melahirkan cahata mata pertama mereka di sebuah pusat perubatan di Sri Kembangan, Selangor sekitar jam 5.45 pagi tadi.

Bayi lelaki yang lahir dengan berat 3.37kg ini dilahirkan secara normal dan kini dalam keadaan yang baik dan sihat walafiat.


Menerusi laman Instagramnya, Dazrin yang kelihatan begitu teruja bergelar bapa, turut berkongsi beberapa foto cahaya mata sulungnya itu.

Tidak menunggu masa yang lama, Dazrin yang dikenali menerusi drama Adam dan Hawa ini turut berkongsi nama putera sulungnya itu yang dinamakan Dasuki Dazrin.

Menurut Dazrin, nama tersebut menjadi pilihan dia dan isteri kerana ia mempunyai maksud yang sangat baik.

“Kami pilih Dasuki kerana ia membawa maksud keindahanku dan cahayaku. Lagipun nama itu mudah disebut dan memberi maksud mendalam," katanya kepada sebuah akhbar.

Dazrin dan Nur Fazulin mendirikan rumah tangga pada 6 Mei 2017.
Dazrin Kamarudin timang anak lelaki Dazrin Kamarudin timang anak lelaki Reviewed by Kakigosip on 05:33:00 Rating: 5
Powered by Blogger.