Dah salah minta maaf, jangan sombong: Chef Wan

CHEF Wan terkenal dengan sikapnya yang suka berterus terang dalam apa jua perkara.

Terbaharu, kisah rendang ayam telah menarik perhatian chef yang terkenal dengan mulut laser ini.

Di laman instagram beliau, Chef Wan meminta agar dua juri program masakan MasterChef UK, John Torode dan Gregg Wallace meminta maaf kepada salah seorang peserta program tersebut, Zaleha Kadir Olpin atas kesilapan mereka membuat penilaian terhadap rendang ayam Zaleha.

Jelas ayah kepada pelakon Serina ini, saluran BBC telah menghubunginya dan meminta pendapat mengenai insiden yang menarik perhatian netizen ini.

"Buat salah minta maaf aja la. Saya beritahu mereka, bukan semua juri tahu selok-belok semua jenis juadah di dunia.   Mereka memang tidak tahu apa-apa tentang penyediaan juadah Malaysia.

"Jika bodoh pun saya beritahu, jangan sombong la kan.  Kasi kan...baru kena buku dgn ruas.   Apa yang mereka perlu lakukan sekarang adalah berjumpa dengan Puan Zaleha dan meminta maaf atas kritikan yang salah itu.

Dalam posting berlainan, Chef Wan turut mengkritik tindakan Torode yang tidak segan silu bersikap sarkastik berhubung reaksi rakyat Malaysia terhadap komennya.

Sikap itu ditunjukkan Torode menerusi satu tweet yang dimuat naik pada Isnin.

"Saya tak boleh terima sikap begini. Sebagai seorang chef yang pernah melawat Malaysia dan melihat bagaimana rendang dibuat, saya terkejut dia tidak faham mengapa kita semua mengkritiknya.

"Anda bukan sahaja tidak sensitif, malah sikap ini satu penghinaan!" tulis Chef Wan.

Dah salah minta maaf, jangan sombong: Chef Wan Dah salah minta maaf, jangan sombong: Chef Wan Reviewed by Kakigosip on 05:39:00 Rating: 5
Powered by Blogger.