"Cuti 2 Hari, Hangpa Tak Mengundi Potong Gaji" - Fadzil Zahari

Sebagai menyokong seruan kerajaan supaya majikan membenarkan pekerja masing-masing menunaikan tanggungjawab terhadap negara, syarikat pengurusan artis dan pengiklanan Prokuya Studios milik pasangan Fadzil Zahari dan isterinya Yana Samsudin memberi cuti kepada kakitangan mereka.

Semalam, Fadzil yang juga adik kepada aktor Datuk Farid Kamil memuat naik video di akaun Instagramnya untuk mengumumkan hari cuti kepada pekerja syarikat mereka.

Keputusan itu diambil bagi memudahkan pekerja mereka yang mendaftar di kampung halaman untuk membuat persiapan dan pulang mengundi pada 9 Mei depan.

"Bahawasanya 9 Mei 2018 ni, cuti umum buat staff Prokuya Studios Sdn Bhd. Hangpa balik mengundi. Tak cukup 9 Mei? Takpa, kita bagi 8 Mei untuk hangpa belajar pangkah macam mana nak pangkah, tenangkan fikiran. 9 Mei balik kampung mengundi.

"Jangan tak mengundi kalau saya nampak dok berjalan kat Times Square ka, Pavi ka.. kita potong gaji. Okay!," umum Fadzil yang juga seorang pelakon dan penulis skrip.

Video berkenaan turut menarik perhatian ramai apabila Fadzil membuat pengumuman itu sambil memangku anak lelaki mereka, Aisy Mateen, yang akan genap dua tahun pada Julai depan.

"Cuti 2 Hari, Hangpa Tak Mengundi Potong Gaji" - Fadzil Zahari "Cuti 2 Hari, Hangpa Tak Mengundi Potong Gaji" - Fadzil Zahari Reviewed by Kakigosip on 18:01:00 Rating: 5
Powered by Blogger.