Cristina Suzanne Sudah Bergelar Isteri Orang

Tahniah kepada pelakon Cristina Suzanne, yang selamat bergelar isteri dalam sebuah majlis ijabkabul yang berlangsung pada 31 Mac lalu.

Menurut laporan BH online, berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Cristina atau atau penuhnya Cristina Suzanne Stockstill, 33, apabila memuat naik foto hitam putih bersama suaminya dengan keterangan gambar ringkas, '310318'.

..

Perkongsian berkenaan bukan sekadar mendapat perhatian peminat dan pengikut laman sosialnya, malah rakan artis seperti Thanuja, Nadia Brian dan Deanna Yusof turut mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baharu itu.

Pelakon yang turut membintangi filem Surf This Love, Kil, Jwanita, CEO dan Sejoli: Misi Cantas Cinta ini juga dilihat sempat membalas ucapan beberapa rakannya itu.

Difahamkan, lelaki yang berjaya meikat hati Pelakon Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2013 itu bernama M Faiz Zakaria dan berasal dari Johor.

Pernikahan ini bagaimanapun mengundang kejutan ramai kerana Cristina sebelum ini tidak pernah berkongsi kisah peribadi sejak putus tunang pada 2013 dengan seorang ahli perniagaan.

Cristina Suzanne Sudah Bergelar Isteri Orang Cristina Suzanne Sudah Bergelar Isteri Orang Reviewed by Kakigosip on 17:36:00 Rating: 5
Powered by Blogger.