Chris Pratt Seronok Jalani Kehidupan di Ladang, Ternak Lembu

Sejak bergelar duda kira-kira tujuh bulan yang lalu, Chris Pratt nampaknya semakin menikmati kehidupan yang jalani dan punya cara tersendiri untuk mengisi kesunyian hatinya.

Aktor yang bakal muncul menerusi filem terbaru, The Avengers: Infinity Wars itu yang kebelakangan ini banyak menghabiskan masa di ladangnya yang terletak kepulauan San Juan, khabarnya telah bertemu dengan 'seseorang yang istimewa' sebagai pengganti bekas isterinya, Anna Faris.

Menerusi akaun Instagram, Chris memperkenalkan 'seseorang' yang dimaksudkan itu. Rupanya ia adalah seekor lembu betina yang baru dipeliharanya.

"Cinta pandang pertama. Wanita yang baik ini berasal dari Texas. Dia sedang membiasakan diri menjalani kehidupan di ladang. Welcome baby girl!," tulisnya pada kapsyen beserta #farmlife #texasgirl

..

Sebelum ini, Chris juga pernah berkongsi foto bersama seekor lagi haiwan ternakannya, kambing biri-biri yang diberi nama Prince Rupert.

..

Tahun lalu, Chris dan Anna, 41, menjadi buruan media dan perhatian umum apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah selepas lapan tahun membina rumah tangga. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jack, berusia 5 tahun.

Meskipun sudah bercerai namun Chris dan Anna masih menjalinkan hubungan baik sebagai sahabat.

Sementara Anna khabarnya kini sedang menjalin hubungan dengan seorang pengarah sinematografi sejak beberapa bulan lalu.
Chris Pratt Seronok Jalani Kehidupan di Ladang, Ternak Lembu Chris Pratt Seronok Jalani Kehidupan di Ladang, Ternak Lembu Reviewed by Kakigosip on 17:32:00 Rating: 5
Powered by Blogger.