Chris Pine dan Annabelle Jalin Hubungan Istimewa?

Sejak awal minggu ini, berlegar gosip mengatakan aktor kacak Chris Pine kini sedang menjalin hubungan istimewa dengan pelakon British, Annabelle Wallis.

Desas-desus hubungan cinta pasangan itu timbul selepas mereka bersama-sama di Lapangan Terbang Heathrow pada 29 Mac lalu dan gambar yang dirakam paparazi tersebar di internet.

..

Walau bagaimanapun, sumber mendakwa, wanita berusia 33 tahun itu sebenarnya 'sedang menjalinkan seseorang'.

"Dia sedang bersama dengan orang lain ketika mereka bertemu.

"Mereka sangat kasual. Chris sangat prihatin dan menarik perhatian Annabelle daripada perhatian lelaki lain," kata satu sumber seperti yang dilaporkan The Hollywood.

Manakala sumber yang dekat dengan Chris berkata, bintang filem The Mummy itu memenuhi ciciri wanita idaman Chris.

"Annabelle benar-benar memenuhi ciri-cir yang dicari Chris," tambahnya. Sumber itu juga mendedahkan pasangan berkenaan pernah bercuti bersama di Hawaii.

Sementara, pada pertegahan Mac lalu Annabella ada memuat naik gambar percutiannya di Hawaii namum tidak menyebut nama Chris.

Sebelum ini, pelakon dengan imej berambut blonde itu pernah menjalin hubungan dengan vokalis Coldplay, Chris Martin. Namun hubungan mereka hanya bertahan selama dua tahun dan berpisah pada 2017.

Manakala, Chris pula pernah menjalin hubungan dengan Iris Bjork Johannesdottir pada tahun 2014. Selain, dia juga pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti cantik seperti Sofia Boutella, Dominique Piek, Zoe Kravitz dan Olivia Munn.
Chris Pine dan Annabelle Jalin Hubungan Istimewa? Chris Pine dan Annabelle Jalin Hubungan Istimewa? Reviewed by Kakigosip on 17:41:00 Rating: 5
Powered by Blogger.