Catriona Ross Kesal Sekali Lagi Didakwa Sudah Bercerai

Pelakon Catriona Ross menegaskan rumah tangga yang dibina bersama dia dan suaminya Shaharudin Mokhtarudin selama lebih sembilan tahun masih bahagia dan dalam keadaan baik sehingga ke hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Catriona tekejut dengan dengan khabar kononnya dia sudah bercerai. Malah sebelum ni sudah dua kali gosip seumpama itu disebarkan kepada umum tanpa diketahui di mana puncanya.

"Saya tidak tahu dari mana pihak terbabit dapat cerita kami sudah bercerai. Saya tidak cepat melatah dengan gosip sedemikian kerana ia tidak benar dan kami lebih mengetahui apa yang berlaku dalam rumah tangga.

"Jika benar dakwaan saya sudah bercerai, saya tidak akan keluar rumah dan menghadiri pelbagai majlis seperti sekarang. Lebih baik saya berkurung di rumah saja,” katanya kepada sebuah akhbar.

Menurut Catriona, dia percaya gossip tersebut sengaja disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan kurang senang melihat kebahagiannya selama ini.

Malah ibu kepada Sephia Rania, 7 tahun, Jamal Raess, 5 tahun, dan Edruce Riyadh, 2 tahun, ini memberitahu dia dan suami baharu sahaja pulang daripada bercuti bersama suami, Februai lalu.

“Kalau kami ada masalah rumah tangga takkanlah kami akan bercuti bersama ke luar negara? Ia seperti percutian bulan madu sekali gus mengeratkan lagi ikatan rumah tangga sedia ada,” luahnya kesal.
Catriona Ross Kesal Sekali Lagi Didakwa Sudah Bercerai Catriona Ross Kesal Sekali Lagi Didakwa Sudah Bercerai Reviewed by Kakigosip on 13:26:00 Rating: 5
Powered by Blogger.