Catriona jumpa Waheeda selepas 10 tahun

SIAPA masih ingat dengan Waheeda, yang pernah popular dengan lagu Wassini suatu ketika dahulu?

Kerana lagu itu juga, Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab turut dikenali sebagai Waheeda Wassini.

Namun selepas mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan juga pendakwah bebas, Akhil Hayy, pada 2009, Waheeda yang pernah membintang beberapa buah filem memilih untuk bersara dari dunia seni.

Sejak itu, khabar mengenai wanita berusia 40 tahun ini mula hilang.

Bagaimanapun  semalam, Catriona Ross sempat berkongsi keterujaan dan kegembiraannya bertemu dengan Waheeda, selepas 10 tahun tidak berhubung.

Menurut pelakon dan juga pengacara ini, biarpun sudah lama tidak berbual, namun mereka berdua tidak sedikit pun berasa janggal.

"Dulu kami pernah rapat, tapi selepas Waheeda berkahwin, kami terputus hubungan.

"Walaupun dah lama tak jumpa, tapi taklah rasa kekok bila berbual. Tetap sama mesranya macam dulu," ujarnya .

Tambah pemilik nama sebenar Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, selepas Waheeda mengambil keputusan untuk berundur dari dunia seni, dia tidak menghubungi Waheeda kerana menghormati privasinya sebagai seorang isteri.

"Entah macam mana saya kehilangan nombor Waheeda. Kalau pun saya ada nombor suaminya, saya rasa tak manis untuk menghubunginya.

"Lagipun Wawa (panggilan Waheeda) agak menyepi dan tak tahu sama ada dia ok atau tidak sekiranya saya menghubungi," jelasnya.

Ujar pelakon dan pengacara berusia 38 tahun ini, dia juga tidak menyangka akan bertemu Waheeda di program Gema Gegar Vaganza musim kedua itu.

"Saya datang pun sebab nak sokong rakan-rakan. Tapi tak sangka ia menjadi medan pertemuan semula," ujarnya yang kini sedang sibuk membuat persiapan untuk memasuki set penggambaran Jangan Benci Cintaku, hujung bulan ini.

Dalam pada itu, Waheeda menerusi Instagram peribadinya turut repost gambar dan kapsyen Catriona.

"Geng sembang masa road trips dulu haaa... love u girl..," tulisnya disertai tanda pagar #repost #catrionabrianross.

Rata-rata peminat melahirkan rasa teruja dengan pertemuan semula mereka dan ada menyifatkan mereka kelihatan seperti adik-beradik.
Catriona jumpa Waheeda selepas 10 tahun Catriona jumpa Waheeda selepas 10 tahun Reviewed by Kakigosip on 05:16:00 Rating: 5
Powered by Blogger.