"Bukan Saja Yang Buat Fitnah, Penyebar Fitnah Pun Wajar Dihukum"

Pelawak Shahrol Shiro, 34, berpendapat bukan sahaja orang yang memulakan fitnah malah penyebar fitnah itu wajar dikenakan hukuman setimpal jika didapati bersalah.

"Bukan sahaja orang yang memulakan fitnah malah penyebar fitnah itu wajar dikenakan hukuman setimpal jika didapati bersalah," katanya seperti yang dilaporkan Utusan.

Dia juga mengakui penyebaran berita palsu mengenai khabar diri meninggal dunia yang timbul beberapa tahun lalu merupakan pengalaman terburuk sepanjang bergelar artis.

Malah ia juga memberi kesan kepada ahli keluarganya yang lain sehingga memaksa mereka bergegas pulang ke kampung halamannya di Kluang, Johor.

"Nampak macam hal kecil tetapi apabila difikirkan semula, khabar angin yang tidak berasas seperti itu boleh mengundang pelbagai perkara buruk.

"Iyalah, siapa yang tidak terkejut mendengar hal kecemasan seperti itu. Mesti semua terkejar-kejar hendak pulang ke kampung.

"Kalau selamat tiba, syukur Alhamdulillah. Tetapi kalau sebaliknya yang berlaku, bukankah aniaya namanya?" katanya.

Selain itu dia juga berhasrat menghapuskan geng 'makcik bawang' yang disifatkan sebagai barah di alam maya. Ia sebagai iniasitif menjayakan Kempen Tanggungjawab Sosial Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Berita Palsu.

"Sekarang ini kalau kita perasan (sedar), geng ‘makcik bawang’ semakin berleluasa dan inilah yang menjadi punca hal-hal seperti ini terjadi.

"Mereka terlalu teruja melakukan tugas wartawan, berlumba-lumba untuk menjadi orang terawal menyampaikan sesuatu berita kepada pihak lain padahal tidak diketahui kesahihan sumbernya.

"Jadi, sewajarnya ‘makcik-makcik bawang’ ini dihapuskan dengan penguatkuasaan undang-undang berkaitan,” tuturnya.
"Bukan Saja Yang Buat Fitnah, Penyebar Fitnah Pun Wajar Dihukum" "Bukan Saja Yang Buat Fitnah, Penyebar Fitnah Pun Wajar Dihukum" Reviewed by Kakigosip on 13:20:00 Rating: 5
Powered by Blogger.