Biarlah rahsia jawap Mira Filzah…

PELAKON Mira Filzah sibuk dalam bidang pengacaraan dan lakonan.

Ditanya adakah disebabkan komitmen tingginya kepada kerjaya menyebabkan kedengaran desas-desus yang mengatakan hubungannya dengan pelakon dan pelawak, Zizan Razak telah berakhir baru-baru ini, Mira pantas menafikannya.


“Tak adalah, hubungan kami baik dan masih berkawan macam biasa. Mira sibuk, dia pun sibuk dengan kerja dia, tapi semuanya OK saja.

“Mira pun bukanlah ketepikan soal peribadi kerana kerjaya semata-mata, tapi kita masing-masing ada benda nak buat.


“Tak ada sebab pun nak rahsia-rahsia, cuma tentang soal peribadi ini, bila tiba masanya nanti Mira akan kongsi dengan semua,” katanya sambil tersenyum manis.

Pada 2 April lalu, selebriti asal Ipoh Perak ini, baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-25. Mira turut menerima kejutan istimewa daripada para peminat yang mengadakan majlis khas.

“Mira sebenarnya tak tahu pun tentang kejutan tersebut kerana ia diadakan sehari sebelum tarikh sebenar, malah  pada hari tersebut Mira sepatutnya meeting bersama team Nona untuk episod akan datang.

“Apa pun Mira sangat terharu dengan usaha mereka, apatah lagi siap dengan tema kembali ke sekolah di mana semua yang hadir gigih pakai baju sekolah.

“Ia merupakan hadiah hari jadi yang sangat istimewa dan bermakna buat Mira” luahnya jujur.

Bagaimana apabila ditanyakan tentang hadiah pemberian Zizan untuknya, Mira terusnya ketawa kecil.

“Biarlah rahsia,” ujarnya ringkas.
Biarlah rahsia jawap Mira Filzah… Biarlah rahsia jawap Mira Filzah… Reviewed by Kakigosip on 05:29:00 Rating: 5
Powered by Blogger.