Beza 18 Tahun, Perkahwinan Ham So Won dan Suami Tidak Direstui

Pasangan Ham So Won dan suaminya Jin Hua mendedahkan perkahwinan mereka tidak mendapat restu daripada keluarga masing-masing.

Menurut wanita berusia 42 tahun itu, sebab utama perkahwinannya dengan ahli perniagaan muda berasal dari China itu ditentang kerana perbezaan usia mereka yang mencecah 18 tahun.

"Ibu saya hanya meminta saya supaya berhenti melakukan (berkahwin) ini," kata Ham So Won ketika muncul dalam sebuah program terbita SBS baru-baru ini.

"Ayah saya berkata, dia memutus hubungan ayah-anak dengan saya," sahut Jin Hua pula.

Terdahulu, bintang drama Sex Is Zero itu mengejutkan ramai apabila mengumumkan bakal berkahwin dengan Jin Hua, yang baru berusia 24 tahun.

Manakala Jin Hua pula mengakui telah jatuh cinta pandang pertama dengan So Won ketika dia menjadi 'trainee idol' di sebuah agensi di Korea. Dia menyangkakan So Won berusia dalam lingkungan 20-an namun dia akhirnya mengetahui umur sebenar wanita itu. Pun begitu, hasratnya untuk memperisterikan seniornya itu tidak berubah.

..

Pasangan ini mendaftar perkahwinan di edua-dua negara Korea dan China. Merek berkongsi gambra rasmi perkahwinan mereka pada 17 April lalu. Ham So Won dan Jin Hua memilih memakai persalinan tradisional Hanbok dan persalinan baju pengantin moden.
Beza 18 Tahun, Perkahwinan Ham So Won dan Suami Tidak Direstui Beza 18 Tahun, Perkahwinan Ham So Won dan Suami Tidak Direstui Reviewed by Kakigosip on 04:44:00 Rating: 5
Powered by Blogger.