Benarkah Isma AF, Zul 2by2 sudah bercerai?

AWAL tahun ini penyanyi Isma AF pernah mengakui bahawa rumah tangga yang dibina bersama penyanyi dan komposer Zul 2by2 sedang bergolak. 

Namun selepas itu tidak ada lagi apa-apa kenyataan daripada Isma mahupun Zul sendiri.


Terbaharu, terdapat sumber yang mengatakan bahawa Isma dan Zul sebenarnya sudah pun bercerai.  Benarkah dakwaan sumber tersebut?

Ditanya kepada Isma, namun ibu kepada lima cahaya mata ini tidak mahu memberikan sebarang ulasan berkenaan perkara itu.  Jelasnya, sebaiknya bagi perkara ini ditanyakan kepada pihak lelaki.

"Kalau nak tahu tanyalah pada abang Zul," katanya ringkas.

Dalam pada itu, baru-baru ini setelah agak lama Zul tidak mengemas kini sebarang status di Instagram, status terbaharu Zul mengundang pelbagai reaksi pengikutnya.


"zul2by2: Jemput makan semua ...Bila sudah keseorangan... Ini lah makanan yg aku selera.. Syukur alhamdulillah - Bissmilla," tulis Zul di Instanya.

Dalam pada itu terdapat juga komen daripada pengikut yang meminta pasangan ini untuk rujuk semula.

Kakigosip telah cuba mendapatkan maklum balas dari Zul namun setakat ini tiada balasan diberikan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 16 April 1998 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 20, Muhammad Haiqal Aydiel, 19, Seri Aida Merlissa, 17, Seri Ayreen Merlynda, 15, dan Seri Adryana Mercella, 11.

Benarkah Isma AF, Zul 2by2 sudah bercerai? Benarkah Isma AF, Zul 2by2 sudah bercerai? Reviewed by Kakigosip on 03:32:00 Rating: 5
Powered by Blogger.