Bam Bam (GOT7) Tak Perlu Jalani Latihan Ketenteraan Thailand

Anggota kumpulan GOT7 yang berasal dari Thailand, Bam Bam, lega dan gembira kerana namanya dikecualikan daripada menjalani latihan ketenteraan di negaranya.

Bagi sistem pemilihan latihan ketenteraan negara itu, rekrut yang berpotensi akan memilih kad dari kotak dan jika ia berwarna merah, calon rekrut tersebut diwajibkan menjalani latihan khidmat selama dua tahun.

Tetapi jika kad yang dipilih berwarna hitam, akan mendapat pengecualian. Namun, belia yang tidak terpilih boleh memohin sebagai sukarela untuk berkhidmat dan tidak perlu mengambil bahagian dalam sesi loteri.

Sesi pemilihan tersebut diadakan di setiap kawasan pada setiap bulan April untuk rekrut baru yang akan memulakan latihan khidmat ketenteraan mulai tahun depan.

Pada 9 April, Bam Bam pulang ke Bangkok untuk menjalani proses loteri dan dia lulus peperiksaan kesihatan.

Walau bagaimanapun, ketika proses menunggu giliran dan keputusan loteri, pihak ketenteraan mengumumkan bilangan rekrut yang diperlukan telah mencapai kuota kerana permohonan daripada sukarelawan.

..



Jadi, secara automatik penyanyi berusia 20 tahun itu dia tidak perlu memilih kad dari kotak.

Berita tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-rata embira kerana tidak perlu 'berpisah' dengan idola kesayangan mereka.


Malah anggota GOT7 yang lain juga gembira dengan berita tersebut. Salah seorangnya Yugeom yang menukar gambar profil akaun Instagram miliknya dengan gambar bulat berwarna hitam tanda menyokong dan gembira kerana 'abangnya' itu tidak perlu menjalani latihan ketenteraan.

Bam Bam akan segera pulang ke Korea untuk meneruskan promosi dan aktiviti seni bersama GOT7 seperti yang telah dijadualkan.

Sebelum ini, beberapa artis KPop yang berasal dari Thailand seperti Nichkhun (anggota kumpulan 2PM) dan Ten (anggota kumpulan NCT) juga mendapat pengecualian daripada menjadi rekrut.

Nichkun juga sama seperti Bam Bam yang bernasib baik kerana kuota sudah penuh sebelum sampai gilirannya untuk memilih kad.

Manakala Ten pula disebabkan pemeriksaan kesihatannya tidak lulus kerana dia mengalami kecederaan lutut.
Bam Bam (GOT7) Tak Perlu Jalani Latihan Ketenteraan Thailand Bam Bam (GOT7) Tak Perlu Jalani Latihan Ketenteraan Thailand Reviewed by Kakigosip on 13:23:00 Rating: 5
Powered by Blogger.