Arif Jiwa sambut hari jadi bersama anak yatim

CUCU kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Arif Jiwa Asyraf meraikan sambutan ulang tahun pertamanya semalam bersama anak-anak yatim dari Rumah Titian Kasih, Titiwangsa.

Arif dilahirkan pada 31 Mac 2017, dan merupakan cahaya mata  pertama pelakon Tya Ariffin dan suami, Asyraf Khalid yang mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun lalu.

Menurut bapa Arif, Asyraf Khalid  menerusi perkongsian yang dibuat di laman Instagram miliknya, perancangan meraikan majlis di rumah Titian Kasih tersebut  tercetus daripada idea  bersama isteri.


Demi Arif juga, segala aktiviti yang berlangsung sepanjang majlis tersebut juga dilakukan sendiri ibunya, Tya.

Ramai yang memuji tindakan ibu bapa Arif yang memilih untuk meraikan sambutan ulang tahun pertama bayi yang sering menjadi perhatian ramai di Instagram ini dengan golongan yang tidak bernasib baik sekali gus berkongsi kegembiraan bersama mereka.

Ariff juga merupakan  salah seorang calon Top5 Si Cilik MeleTOP, Anugerah Era MeleTOP 2018 yang bakal berlangsung pada 8 April depan.
Arif Jiwa sambut hari jadi bersama anak yatim Arif Jiwa sambut hari jadi bersama anak yatim Reviewed by Kakigosip on 05:22:00 Rating: 5
Powered by Blogger.