'Apa yang dirasai banduan sebelum digantung'

PELAKON utama filem Dukun, Datin Paduka Umie Aida mendedahkan, hanya kerana terleka seketika, dia 'diusik' ketika penggambaran filem berkenaan pada tahun 2006.

Jelas pemilik nama sebenar Umi Khalsum Rahmad Ali kejadian itu berlaku ketika dia berada di Penjara Pudu.

"Babak saya banyak juga di dalam penjara dan umum sedia maklum sejarah Penjara Pudu. Macam mana keadaan di sana.

"Ada satu kejadian saya telah 'diusik' sedikit kerana saya terleka.

"Kejadian itu berlaku di dalam bilik air, terdetik di hati saya, apa yang dirasai banduan akhir sebelum digantung.

"Tiba-tiba badan saya mengigil dengan kuat sehingga rasa tak boleh bernafas," ujarnya.

Umie Aida ditemui selepas tayangan filem Dukun di TGV Suria KLCC.

Tambah wanita berusia 45 tahun ini, bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku, dia telah bertindak keluar secepat mungkin dari tempat tersebut.

"Kebetulan badan saya tak bersih pada ketika itu. Saya tak ingat saya tarik siapa pada masa itu tapi yang pasti dia yang berada paling dekat.

"Saya terus keluar tanpa beritahu sesiapa. Saya tak mahu emosi terganggu kerana takut perkara lebih buruk berlaku.

"Jadi bila keluar saya terus istighfar, cuba kawal pernafasan dan alhamdulillah lepas lima minit keadaan saya pulih.

"Tadi nak sangat rasakan, bila dah rasa saya cepat beringat dan istighfar," jelasnya.

Selain Umie Aida, filem arahan Dain Said ini menampilkan pelakon hebat lain seperti Faizal Hussein, Nam Ron, Hasnul Rahmat, Adlin Aman Ramlie, Sofi Jikan, Bront Palarae, Chew Kin Wah, Allahyarham Ramli Hassan dan ramai lagi.

Filem Dukun sudah mula ditayangkan di pawagam hari ini, selepas 12 tahun penghasilannya.

'Apa yang dirasai banduan sebelum digantung' 'Apa yang dirasai banduan sebelum digantung' Reviewed by Kakigosip on 05:53:00 Rating: 5
Powered by Blogger.