Anzalna cabar tunjuk bukti

PELAKON Anzalna Nasir meluahkan rasa terkilannya apabila sebuah lukisan hasil karyanya yang dikongsikan di laman Instgramnya lima hari lepas didakwa milik orang lain.

Salah seorang netizen telah meninggalkan komen yang menyatakan dia sebelum ini pernah melihat hasil seni yang dikongsikan Anzalna itu di media sosial. Tidak sekadar itu, netizen tersebut turut mencadangkan agar Anzalna membuat rakaman video dan melukis kembali lukisan tersebut.


Pelakon Memori Cinta Suraya ini berkongsi komen tersebut menerusi paparan screen shot bersama para pengikutnya yang lain.

Menariknya Anzalna mencabar netizen tersebut menunjukkan bukti jika benar lukisan itu merupakan hasil karya orang lain dan mahu menawarkan hadiah kepada netizen tersebut jika ia berjaya dilakukan.


“I nak tawarkan wanita ini hadiah lumayan! (nak bagi duit ke nak bagi kereta ke nak bagi rumah depan KLCC? Bagi sis fikir dulu! 😂) sekiranya dia dapat buktikan lukisan ini hasil tangan orang lain.

“Lukisan tak berapa elok macam ni pun dia nak cakap i curi! Hahahahhaahhaha bukan hebat mana pun kita lukis! Secara tiba-tiba nak melukis sementara tunggu call time shooting.

“Ada juga hati yang tak senang. Kena lukis gambar orang lidi agaknya baru nak percaya!,” tulisnya pada kapsyen gambar screenshot komen yang dimuat naik itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Anzalna sebenarnya berbakat dalam melukis, tapi takkanlah semua benda dia nak tunjukkan media sosial.

“Kita malas nak cakap, tapi kita pernah menang melukis di Canada. Kan dah tercakap! Hahahahahah Kita malas la nak berlagak tapi nak bagitau juga kat awak takkan semua benda nak kena video!

“Penat juga hidup macam ni.. videographer i boleh letak jawatan terus! Kami tak gaduh pun cuma i juga teringin nak tengok lukisan dia cakap tu. Girl, nanti tunjukkan kat sis!,” katanya lagi.
Anzalna cabar tunjuk bukti Anzalna cabar tunjuk bukti Reviewed by Kakigosip on 04:55:00 Rating: 5
Powered by Blogger.