Anuar Zain Risau Tiket Konsert Tak Laku

Menyedari keadaan ekonomi sekarang yang tidak begitu baik dan ditambah pula dengan kecanggihan teknologi yang banyak mengambil alih tumpuan peminat kepada menonton di alam maya sahaja, Anuar Zain mengakui timbul kerisauan mengenai akan adakah peminat yang mahu membeli tiket dan datang menonton persembahannya.

Pun begitu, penyanyi yang cukup hit dengan lagu Lelaki Ini itu berharap masih ada di antara mereka yang menghargai persembahan secara langsung.

"Bagi konsert ini kami akan menggunakan alunan muzik secara langsung dan bukan rakaman.

“Saya yakin dengan gabungan peminat saya dengan Bunga yang popular di Indonesia dan Yuka yang mempunyai peminat tersendiri, Insya Allah konsert ini akan dijayakan dengan baik.

"Apa yang penting peminat terhibur dan berasa berbaloi melaburkan wang dan masa untuk kami bertiga,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Anuar bakal berkongsi pentas bersama dua penyanyi wanita kelahiran Indonesia, Bunga Citra Lestari & Yuka Karisma menerusi konsert yang diberi nama Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka Karisma Live In Concert yang akan diadakan di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 April depan.

Bakal mendendangkan empat buah lagu hit selama 30 minit persembahan untuk sesi solo, Anuar berkata peluang tersebut juga bakal digunakan untuk memperkenalkan single terbaharunya yang dijangka dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.
Anuar Zain Risau Tiket Konsert Tak Laku Anuar Zain Risau Tiket Konsert Tak Laku Reviewed by Kakigosip on 05:00:00 Rating: 5
Powered by Blogger.