Anak Malaysia Ini Kongsi Keterujaan Bintangi Siri Gotham

Anak jati Kuala Lumpur, Shiva Shobitha Kalaiselvan, 34, membanggakan pemerhati industri seni tanah air apabila membuat kemunculan pertama di saluran Fox menerusi drama bersiri popular, Gotham, Jumaat lalu.

Menerusi akaun Instagram, pelakon dan penerbit yang berpangkalan di Manhattan, New York, itu berkongsi keterujaannya membawakan watak Lelia, yang juga karakter dalam DC Comics di bawah francais Batman.

..

Dalam episod 16 musim keempat Gotham, Shiva menggalas watak pemimpin League of Shadows, karakter yang ditonjolkan sebagai wanita berani.

Begitupun, siri berjudul A Dark Knight: One of My Three Soups bukan kemunculan pertama aktres terbabit di televisyen Amerika Syarikat apabila sebelum ini beliau pernah terbabit sebagai bintang undangan dalam siri The Originals menerusi saluran CW, membawakan watak Ivy.

Bukan itu saja, pemegang Sarjana dari A Dark Knight: One of My Three Souitu turut aktif dalam dunia pementasan di negara Uncle Sam apabila pernah dipertanggungjawabkan menerbitkan dua teater.

Sementara itu, kemunculan Shiva dalam Gotham meraih pujian di laman sosial apabila rata-rata pemerhati sama ada di Twitter mahu pun Instagram menyampaikan ucapan tahniah mereka.
Anak Malaysia Ini Kongsi Keterujaan Bintangi Siri Gotham Anak Malaysia Ini Kongsi Keterujaan Bintangi Siri Gotham Reviewed by Kakigosip on 17:33:00 Rating: 5
Powered by Blogger.