Anak Aziz M Osman menangis dipanggil cow (kau)

DALAM usaha mendidik anak-anak, Aziz M Osman berpendapat adalah penting untuk sentiasa berada dalam persekitaran yang positif.

Katanya, persekitaran yang betul bakal mencerminkan sikap anak-anak kelak.

"Kita sebagai orang tua bertanggungjawab ke mana kita nak pimpin anak-anak kita esok.

"Sebab itu, kita kena berusaha untuk terus dikelilingi komuniti yang positif," katanya  ketika ditemui selepas pelancaran program realiti, Oh My Family.

Susulan itu, selebriti berusia 55 tahun ini lebih selesa menghantar anak bongsunya, Puteri Nur Azzahra atau lebih mesra disapa Ara Aziz,7, ke sekolah antarabangsa.

"Alhamdulillah, rezeki kemampuan saya pun ada. Jadi apa salahnya kita memberi pendidikan yang terbaik untuk anak kita?

"Bukan apa, saya pentingkan siapa yang berada di sekeliling anak saya," katanya.

Mengakui pernah menghantar Ara ke sekolah awam, Aziz bagaimanapun melalui pengalaman kurang baik.

"Sebagai contoh, anak saya balik ke rumah tiba-tiba menjerit pada ibunya dengan panggilan Oi dan Hei. Sebelum ini, dia tak tahu sebut semua itu.

"Ara juga pernah pulang ke rumah dalam keadaan menangis kerana berasakan kawan-kawannya memanggilnya lembu (cow), sedangkan mereka memang dah biasa dengan panggilan kau-aku.

"Semua itu, pastinya hadir dalam keadaan persekitarannya yang sedia ada. Jadi, situasi itu membimbangkan saya," katanya.

Ini kerana, katanya, cara didikan ibu bapa akan mempengaruhi tumbesaran anak-anak.

"Tapi, saya pun tak salahkan budak-budak itu, cuma cara didikan ibu bapa yang akan membentuk mereka bagaimana bila besar nanti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aziz dan Ara bakal menjayakan program terbaharu, Oh My Family!

Selain keluarganya, program ini turut menampilkan gelagat anak-anak Datuk Fazley Yaakob, Datuk Aaron Aziz, Azad Jazmin dan Rita Rudaini.

Ia bakal bersiaran di saluran Astro Ria (104), Astro Ria HD (123) dan Astro Ceria (611) pada setiap Rabu, jam 9 malam bermula 11 April depan.
Anak Aziz M Osman menangis dipanggil cow (kau) Anak Aziz M Osman menangis dipanggil cow (kau) Reviewed by Kakigosip on 07:52:00 Rating: 5
Powered by Blogger.