Amy (Search) Jaclyn, Fauziah Latiff Bakal Hangatkan “A Night With The Stars”

Pasukan Pancaragam Sekolah Tun Fatimah (TFBB) bakal bekerjasama dengan Orkestra Tradisional Malaysia (“OTM”) untuk sebuah konsert satu-malam sahaja yang diberi nama “A Night With The Stars”.

Konsert yang akan berlangsung pada 27hb April ini menampilkan barisan artis tekenal tanah air seperti Amy Search, Jaclyn Victor, Fauziah Latiff, Dina Nadzir dan juga Anding Indrawani.

Persembahan “A Night with the Stars” akan menampilkan lagu-lagu klasik di samping lagu-lagu terkini.

Objektif utama konsert ini ialah untuk mengumpul dana untuk TFBB membeli kelengkapan baru dan juga props untuk pasukan colour guards nya. Kutipan dari persembahan ini juga akan digunakan untuk penyertaan TFBB dalam pertandingan Grand Prix Marching Band tahun ini di Jakarta.

Selain, sebagai meraikan kejayaan cemerlang Sekolah Tun Fatimah sebagai Sekolah Berasrama Penuh yang memperolehi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia terbaik untuk tahun 2017.

TFBB yang dianggotai seramai 58 orang pelajar ini berlatih hanya selama tiga bulan untuk membuat persembahan ini di bawah pimpinan jurulatih TFBB, Esty Farrah Musa, yang juga merupakan bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah.

Tiket-tiket persembahan tersebut berharga RM55, RM88, RM118, RM148, M258 dan RM358. Penonton yang berminat boleh membeli tiket secara online di laman sesawang www.ilassotickets.com.
Amy (Search) Jaclyn, Fauziah Latiff Bakal Hangatkan “A Night With The Stars” Amy (Search) Jaclyn, Fauziah Latiff Bakal Hangatkan “A Night With The Stars” Reviewed by Kakigosip on 20:18:00 Rating: 5
Powered by Blogger.