Almy Nadia Naik Berang

Menerusi ruangan pojok sebuah akhbar tempatan menyebut pelakon Datin Almy Nadia dikatakan naik berang apabila ada individu yang menggunakan khidmatnya untuk melakukan review berbayar tidak puas hati dengan apa yang dibuat Almy.

Dakwa individu berkenaan, Almy mengenakan caj RM200 sahaja untuk membantu golongan peniaga online, tetapi sayangnya ada yang tidak berpuas hati apabila dikatakan posting Almy untuk mempromosikan produk pelanggannya itu seakan-akan tidak memberi sebarang impak kepada perniagaannya.

Geram dengan lemparan kata-kata individu itu, Almy kemudian memuat naik status panjang untuk meluahkan apa yang terpendam sekaligus cuba terangkan situasi tersebut.

Isteri kepada pelakon Dato' Fizz Fairuz itu terkilan apabila diperlakukan begitu. Difahamkan, Almy membuat slot untuk review produk pun selepas diminta pengikutnya berbuat demikian, tapi sayangnya dia pula jadi mangsa dikecam apabila dikatakan tidak berpatutan dengan harga yang dikenakan.

Apapun, harap-harapnya perkara tersebut tidak berpanjangan lah ya.

Almy Nadia Naik Berang Almy Nadia Naik Berang Reviewed by Kakigosip on 13:00:00 Rating: 5
Powered by Blogger.