Alif Hadi mengakui kini duda

PELAKON Alif Hadi mengakui bahawa perkahwinan yang dibina kira-kira enam tahun telah berakhir pada hujung tahun lalu.

"Tak ramai yang tahu saya dah kahwin sebab memang saya rahsiakan atas permintaan keluarga.  Saya pun kahwin di usia muda, 22 tahun ketika itu.


"Jadi mana yang tahu, mereka akan tahu cuma saya minta agar tidak diuar-uarkan.  Atas permintaan keluarga.

"Kini selepas berpisah, saya rasa saya perlu jelaskan bahawa saya akui yang saya duda, tiada anak dan  kami bercerai secara baik.  Keluarga kedua belah pihak pun reda dengan perceraian kami," katanya.

Ditanya punca perceraian, pelakon drama Red Velvet ini hanya memberi jawapan selamat bahawa mereka sudah tidak ada jodoh.

"Sebenarnya kami sudah agak lama tidak serumah.  Jadi daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini dan berterusan, maka kami memilih untuk berpisah secara baik.

"Tidak ada apa-apa isu berbangkit selepas itu," ujarnya yang kini sibuk dengan program travelog musim kedua.

Mengulas mengenai kedatangan ke Anugerah MeleTOP bersama penyanyi Zizie, katanya mereka hanya kawan sahaja.

Alif Hadi mengakui kini duda Alif Hadi mengakui kini duda Reviewed by Kakigosip on 05:18:00 Rating: 5
Powered by Blogger.