Alif Azmi, nama anak Faye Kusairi

ISNIN lalu, pelakon dan pelumba kereta profesional, Faye Kusairi, 31, selamat bergelar ibu kepada seorang bayi lelaki seberat tiga kilogram.

Lebih istimewa, pelakon filem Tombiruo : Penunggu Rimba ini menimang cahaya mata sulung pada ulang tahun pertama perkahwinannya.

Menerusi temu bual bersama Kakigosip, pemilik nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi ini selamat bersalin tepat jam 10.45 malam.

"Saya mula ditahan di hospital pada jam 10 pagi dan ditolak ke bilik bersalin kira-kira jam 5 petang sementara nak tunggu bukaan jalan 10 cm.

"Tapi semasa proses bersalin, saya dah penat sangat kerana sudah terlalu lama menunggu proses bukaan pintu rahim sehingga saya tidak dapat meneran dengan baik.

"Disebabkan denyutan jantung baby mula berkurangan, doktor ambil keputusan untuk bantu saya bersalin dengan vacuum," ujarnya.

Faye berkata, dia merasa sangat bersyukur kerana suami, Azmi Hatta berada disampingnya sejak awal proses bersalin.

"Saya rasa bersyukur kerana dari mengira dan menahan contraction sampailah baby dilahirkan, suami ada di sisi saya memberi sokongan.

"Malah saya bertuah kerana dibenarkan keluar hospital keesokan harinya," tambahnya.

Ditanya mengenai nama anak, Faye berkata, dia dan suami sepakat untuk menamakan putera sulung mereka, Alif Azmi.

"Alif membawa maksud kawan rapat dan huruf pertama dalam tulisan jawi.

"Dalam sesetengah bahasa, Aleef bermaksud yang bertuah.

"Memandangkan saya dan suami sempoi, jadi kami letak Alif Bin Azmi sahaja," jelasnya.

Faye menerusi perbualan  Sabtu lepas, memaklumkan dia sudah ada tanda-tanda awal untuk bersalin dan juga berpeluang melahirkan anak secara normal apabila urinya kini kembali berada di atas.

Sebelum itu berdepan dengan ujian Placenta Previa (PP) atau masalah uri di bawah yang dikesan ketika usia kehamilan 30 minggu.

Dalam pada itu, kongsi anak kelahiran Sarawak ini, dia akan berpantang di rumah ibunya di Bukit Antarabangsa.

Tidak akan berehat lama dari industri, Faye memaklumkan, sudah ada projek yang menantinya pada bulan Julai ini.

"Saya akan berpantang di rumah mama dan mama juga yang menjaga saya. Tapi saya juga mendapat tajaan penjagaan pantang dari Allura Confiment Lady.

"Selesai berpantang 44 hari, penjagaan badan muka dan lain-lain ditaja oleh Salun Kecantikan Abadi Indah pula.

"Lepas itu saya teruskan dengan fitness, sebab bulan Julai nanti saya ada event badminton 'Grand Asian Celebrity Charity Badminton Tournament' dan saya antara selebriti dari Malaysia yang terlibat serta turut disertai oleh selebriti dari negara lain," akhirinya.
Alif Azmi, nama anak Faye Kusairi Alif Azmi, nama anak Faye Kusairi Reviewed by Kakigosip on 05:50:00 Rating: 5
Powered by Blogger.