Aktres Winter Sonata Akhiri Status Anak Dara di Usia 42 Tahun

Bintang utama drama fenomena, Winter Sonata, Choi Ji Woo telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat di Seoul, Korea, semalam.

Agensi YG Entertainment menyiarkan beberapa foto Choi Ji Woo yang kelihatan manis jelita dalam persalinan gaun pengantin berona putih.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengucapkan tahniah atas perkahwinan Choi Ji Woo. Majlis perkahwinan pada 29 Mac berjalan lancar dan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat sahaja," umum agensi tersebut menerusi satu kenyataan.

..

Beberapa jam sebelum upacara majlis, Choi Ji Woo sempat menulis surat kepada peminat berkongsi mengenai hari bahagianya itu,

..

"Saya berasa malu dan gugup menulis surat ini untuk kali pertama. Ia agak tiba-tiba, tetapi saya mempunyai berita hebat. Saya akan berkahwin pada 29 Mac dengan seseorang yang saya mahu memulakan kehidupan baru dengannya.

"Kami mengadakan majlis perkahwinan peribadi dengan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat. Saya akan mula membina keluarga bahagia dengan orang yang saya sayangi, dan kami akan sentiasa menghormati antara satu sama lain.

"Saya sepatutnya memberitahu anda semua sebelum ini, tetapi saya mahu berhati-hati kerana [suami saya] bukan figura umum. Saya berharap anda akan faham dan memberi restu anda kepada kami. Saya akan sentiasa ingat cinta dan sokongan yang telah anda semua berikan kepada saya, dan saya akan meneruskan kerjaya saya sebagai seorang pelakon.

"Sila kekal sihat. Terima kasih, dan saya sayang kamu semua," tulisnya.

..

Choi Ji Woo dan suaminya berkenalan selama setahun sebelum mengikat tali pertunangan.

Menerusi drama Winter Sonata yang pernah ditayangkan tahun 2002, Choi Ji Woo yang menghidupkan watak sebagai Jeong Yoo-jin bersama 'heronya' Kang Joon-sang (lakonan Bae Yoon Joon) berjaya mencipta fenomena dan disebut-sebut sebagai 'pasangan paling romantik sepanjang zaman'.

..

Selain drama Winter Sonata, Choi Ji Woo popular menerusi lakonannya dalam drama seperti Woman With a Suitcase, Twenty Again, Temptation, The Suspicious Housemaid, dan Air City.

Aktres Winter Sonata Akhiri Status Anak Dara di Usia 42 Tahun Aktres Winter Sonata Akhiri Status Anak Dara di Usia 42 Tahun Reviewed by Kakigosip on 05:06:00 Rating: 5
Powered by Blogger.