Aksi ‘Work Out’ Menggoda Adik Neelofa Dikecam

ADIK kepada seorang pengacara popular ini nampaknya terus menjadi ‘tular’ apabila ada sahaja isu berkaitan dirinya yang menjadi bualan ramai.

Jika baru-baru ini Ameera Khan didakwa telah memperlekehkan telefon pintar jenama Samsung, kali ini isu tentang penampilannya pula menjadi bualan.

Mana taknya, Ameera atau Little Miss Khan menerusi Insta Story miliknya telah berkongsikan video dirinya sedang melakukan senaman “work out” yoga.



Menerusi video, Ameera yang berpakaian seluar yoga ketat dan baju hitam longgar melakukan gerakan kaki dan tangan secara menelangkupkan badan walaupun kelihatan biasa.

Bagaimanapun, mungkin sudut fokus kamera membuatkan dia kelihatan kurang senonoh pada pandangan sesetengah netizen tempatan.

Video tersebut mendapat kecaman ramai apabila aksi yang dipaparkan remaja 17 tahun ini dikatakan telah memaparkan aksi dan gaya menggoda lelaki.

Sememangnya remaja itu memiliki bentuk badan mantap yang menjadi impian setiap wanita namun kontroversi demi kontroversi yang melanda membuatkan dirinya sentiasa menjadi bualan.

Ada yang menyifatkan apa dilakukan oleh Ameera ini seolah-olah sengaja mencari publisiti murahan untuk mendapat perhatian ramai.

Bagaimanapun, Ameera seperti biasa tidak terkesan dengan kecaman yang dilemparkan kepadanya, sebaliknya sentiasa bersikap positif setiap kai berdepan kecaman netizen.
Aksi ‘Work Out’ Menggoda Adik Neelofa Dikecam Aksi ‘Work Out’ Menggoda Adik Neelofa Dikecam Reviewed by Kakigosip on 20:34:00 Rating: 5
Powered by Blogger.