Akshay Kumar Bina Tandas Awam di Pantai Juhu Mumbai

Filem Toilet: Ek Prem Katha yang pernah dibintangi Akshay Kumar merupakan salah satu filem Bollywood pecah panggung di tahun 2017. Ia berkisar mengenai masalah kebersihan di India.



Tidak hanya berperanan sebagai pelakon utama, malah karakter yang dilakonkan Akshay dalam filem tersebut telah 'dibawa' ke dunia realiti lantaran dia melakukan beberapa inisiatif untuk kepentingan masyarakat.

Lapor Bollywood Life, Akshay telah melaburkan sejumlah wang untuk pembinaan tandas awam di kawasan pantai Juhu di Mumbai.

Pantai tersebut memang sentiasa dibanjiri pengunjung hampir setiap hari. Menerusi projek membangun tandas itu, Akshay berkolaborasi dengan ahli politik yang juga pressiden Yuva Sena, Aditya Thackeray.

"Akshay dan saya telah membuat sebuah sumbangan kecil untuk kota kami. Kami memilih untuk menambah usaha dari pihak BMC dengan membangun tandas awam di Juhu, yang telah kami serahkan pada pihak BMC. Sumbangan kecil namun ini hanya permulaan!"

"Saya sangat berterima kasih pada Akshay karena telah menjadi seorang teman yang memberikan inspirasi dan seorang pahlawan yang menyumbang untuk kepentingan masyarakat," ucap Aditya melalui akaun Twitter miliknya.

"Selain, kelas pertahanan diri untuk para wanita (lebih dari 15,000 wanita dilatih setakat ini), misi kami untuk membuat 100 mesin untuk tuala wanita dan sekarang ini!" sambung Aditya.

Pembinaan toilet umum itu mula dijalankan selepas isteri Akshay iaitu Twinkle Khanna yang merupakan seorang penulis ternama, memuat naik sekeping foto seorang pengunjung membuang air secara terbuka di tepi pantai tersebut. Posting Twinkle itu tular dan menjadi bualan hangat netizen India.

"Saya tidak tahu apakah kita adalah pasangan yang sempurna namun hatinya yang besar memang sangat sesuai dengan mulut saya yang besar. Terima kasih @AUThackeray karena telah membuat semuanya ini," tulis Twinkle Khanna berhubung projek pembangunan tandas yang dijalankan oleh suaminya itu.

Pembinaan toilet umum ini bukanlah sumbangan pertama yang pernah dilakukan Akshay kepada umum.

Ketika filemnya yang berjudul Pad Man dilancarkan, Akshay menyumbangkan mesin penjual automatik pertama yang menjual tuala wanita.
Akshay Kumar Bina Tandas Awam di Pantai Juhu Mumbai Akshay Kumar Bina Tandas Awam di Pantai Juhu Mumbai Reviewed by Kakigosip on 20:27:00 Rating: 5
Powered by Blogger.