Akhirnya kita bertemu...

SELEPAS 12 tahun 'disimpan', filem Melayu, Dukun bakal menemui penonton di semua pawagam tanah air pada 5 April ini.

Penayangan filem ini sekali gus merungkai misteri perempuan berkebaya merah yang tular, sejak minggu lalu.

Tambahan pula, poster rasmi Dukun memaparkan Datin Paduka Umie Aida yang melakonkan watak Diana Dahlan iaitu dukun dalam filem tersebut malah turut mengenakan kebaya rona sama.

Filem seram ini diadaptasi daripada kes pembunuhan tinggi yang membabitkan ahli politik, Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa pengamal ilmu hitam ini, sepatutnya ditayangkan pada Disember 2006.

Diklasifikan P13, trailer promosi Dukun juga mula disiarkan selepas mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada 23 Mac lalu.

Sebelum ini, LPF mengharamkan filem arahan Dain Said ini kerana dikatakan jalan ceritanya yang menyinggung perasaan keluarga.

Ia dibintangi barisan pelakon hebat iaitu Datin Paduka Umie Aida, Adlin Aman Ramlie, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Namron, Bront Palarae, Elyana, Nadiya Nisaa, Mislina Mustafa, Chew Kin Wah dan ramai lagi.
Akhirnya kita bertemu... Akhirnya kita bertemu... Reviewed by Kakigosip on 05:18:00 Rating: 5
Powered by Blogger.