Agensi IU Ambil Tindakan Isu Komen Fitnah

Pihak agensi penyanyi popular IU iaitu Fave Entertainment memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang memberi komen negatif dan berunsur fitnah terhadap bintang pujaan ramai itu.

Wakilnya berkata, perkara yang boleh dianggap sebagai fitnah dan mencemarkan nama baik penyanyi tersebut.

Sebelum ini, IU dituduh melakukan manipulasi carta dan menciplak konsep foto album terbaharunya.

"Walaupun ini pengumuman tidak rasmi, kami sedang melakukan penyelidikan terhadap akaun media sosial dan komen yang mendatangkan fitnah, pencemaran nama baik dan maklumat jahat berkait artis di bawah agensi kami.

"Kami akan mengambil tindakan undang-undang jika diperlukan," ujarnya.

Selain itu, Fave Entertainment turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mengirimkan maklumat tentang perkara itu.

"Kami meminta anda untuk terus mengirim maklumat yang berkait akaun dan komen fitnah, khabar angin yang berkaitan artis kami," ujarnya.

Agensi IU Ambil Tindakan Isu Komen Fitnah Agensi IU Ambil Tindakan Isu Komen Fitnah Reviewed by Kakigosip on 12:58:00 Rating: 5
Powered by Blogger.