22 tahun dalam industri, Siti Aafiyah paling bermakna

KELAHIRAN permata hati, Siti Aafiyah adalah yang paling bermakna buat penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Pengurusnya, Rozi Abdul Razak berkata, kehadiran zuriat adalah nikmat terindah buat penyanyi yang sudah membina karier seni sepanjang lebih dua dekad lalu.

"Hari ini, 1 April 2018, genap 22 tahun Dato' Sri Siti Nurhaliza membenarkan kehidupannya mengiringi kerjayanya sebagai 'public figure'.

"Syabas, 22 tahun, memasuki dunia dewasa, kematangan dalam kerjaya. Siti Aafiyah adalah pencapaian paling bermakna beliau kala ini," tulisnya di Instagram (IG).

Siti Aafiyah dilahirkan selepas Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menanti selama 11 tahun.

Pasangan dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.


Dalam pada itu, Rozi berkata, Siti Nurhaliza bukan sahaja berjaya dalam karier seni tetapi juga meliputi bidang perniagaan sejak mencipta nama selepas menjuarai Bintang HMI1995.

"Mencapai lebih 200 anugerah di dalam dan di luar negara, memiliki lebih 30 album (solo, duet, pop, tradisional, raya,Inggeris dan konsert) dan itu belum lagi dicampur dengan album kompilasi. Comel Pipi Merah adalah karya terbaru beliau yang kini menjadi siulan ramai.

"Mengadakan lebih 40 konsert di dalam dan di luar negara, menjadi penyanyi lagu-lagu kempen, tema drama serta filem, bertindak sebagai duta dan jurucakap pelbagai produk dan tidak ketinggalan mencipta lagu dan menghasilkan lirik di dalam album beliau.

"Terus bertahan dalam kerjaya nyanyian, turut melebarkan sayap perniagaan menerusi jenama pakaian dan kosmetik," kongsinya

Malah, katanya, Siti Nurhaliza turut mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi artis tempatan pertama mempunyai aplikasi rasmi sendiri.

"Beliau juga sudah mempunyai aplikasi rasmi sendiri iaitu Siti Nurhaliza Official App sebagai salah satu cara untuk menghimpunkan semua aktiviti baik di media sosial ataupun eksklusif di dalam aplikasi ini," tulisnya lagi.

Pada masa sama, Rozi menyifatkan Siti Nurhaliza berusaha keras untuk menjadi yang terbaik walaupun perlu menghadapi pelbagai cabaran dalam industri seni.

"Beliau meletakkan di samping menjadi yang popular, beliau juga menjadi yang terbaik, caranya sederhana tetapi berjalan, merancang dan menentukan peluang mana yang didahulukan, rajin dan tidak duduk di tempat yang sama kerana selesa tetapi mencerna ilham dan menggerakkan minda untuk terus kekal diterima.

"Keseimbangan yang ada pada beliau, dalam sinis pandangan terhadap dunia seni, beliau memancarkan di mana permatanya digilap dengan hemah.

"Menukar persepsi, prejudis tentang apa yang dilakukan kerana beliau bukan sekadar menyongsong tetapi menambahbaik dan mencari sisi 'indah' apa yang boleh diketengah dan diterjemah," tulisnya sambil disertai #DSCT22.
22 tahun dalam industri, Siti Aafiyah paling bermakna 22 tahun dalam industri, Siti Aafiyah paling bermakna Reviewed by Kakigosip on 05:20:00 Rating: 5
Powered by Blogger.