Zulin Aziz ambil anak angkat usia 7 tahun

SELEPAS sekian lama, niat pengacara dan pelakon, Zulin Aziz untuk mempunyai anak angkat, termakbul.

Kini, penyampai radio SuriaFM ini sudah pun bergelar ibu kepada seorang anak angkat, Puteri Eryna Amanda yang kini berusia 7 tahun.

Lebih istimewa, anak angkatnya itu adalah anak kawan baiknya yang juga berperanan sebagai pembantu peribadinya (PA).

"Saya memang dah lama mencari anak angkat tapi prosesnya cukup susah.

"Alhamdulillah, saya tak sangka ALLAH takdirkan Amanda dengan saya.

"Saya dah kenal dia daripada lahir malah saya yang namakan dia, cuma baharu sekarang saya ambil dan jaga dia," katanya pada Sinar Harian.

Dalam pada itu, selebriti berusia 29 tahun ini menyedari bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu.

"Saya ambil dia sebagai peneman. Yelah, saya pun duduk seorang diri.

"Tapi, dia memang dah biasa dengan saya sejak kecil lagi. Cuma baharu sekarang kami duduk serumah," ujarnya.

Namun, pemilik nama penuh Farah Azleenda Abdul Aziz ini berazam untuk membuat yang terbaik.

"Alhamdulillah, saya dikurniakan anak yang mempunyai pemikiran bijak.

"Dia pun faham dengan situasi dia dan tak suka susahkan orang. Semua benda dia buat sendiri.

"Saya pun dah susunkan jadual untuk aktiviti dia nanti," katanya.
Zulin Aziz ambil anak angkat usia 7 tahun Zulin Aziz ambil anak angkat usia 7 tahun Reviewed by Kakigosip on 20:15:00 Rating: 5
Powered by Blogger.