Zul terkilan, hasrat umrah bersama ibu tidak kesampaian

PELAKON Zul Ariffin mengakui mengambil masa yang agak lama untuk berehat dan bertenang seketika selepas pemergian ibunya, Robiah Nasir, 5 Disember lalu.

Meskipun kehilangan itu sangat besar buat dirinya, kata Zul, dia perlu meneruskan kehidupan dan mengisi kekosongan yang dirasai itu  dengan kerja.

“Kalau diikutkan drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari yang menyaksikan gandingan saya dengan Neelofa ini adalah projek pertama saya setelah beberapa bulan bercuti.

“Sebenarnya memang susah untuk saya buat kerja selepas kehilangan ibu, tetapi sampai bila nak kena macam itu.

“Jadi saya kena paksa diri saya untuk teruskan kehidupan dan bekerja seperti biasa. Orang boleh nampak saya macam gelak-gelak dan OK, tapi bila berseorangan di rumah ia masih lagi susah untuk saya hadapi,” luah Zul ketika ditemui di majlis sidang media Anugerah MeleTOP Era 2018 pada Selasa.

Menurut hero Tombiruo ini lagi, sukar untuk menghentikan rutin kebiasaan yang sering dilakukan bersama ibunya sebelum ini.

“Ibu saya adalah rutin saya, di mana setiap pagi saya akan menghubunginya dan bercakap tentang apa sahaja sebelum saya mulakan kerja.

“Malah ketika menjalani penggambaran filem Hantu Kak Limah 2 juga, saya sering bawa ibu ke set dan buat dia gembira bersama saya,” kongsinya kepada Sinar Harian..

Dalam pada itu, Zul turut mengakui sedikit terkilan apabila hasratnya untuk membawa ibunya bercuti dan seterusnya mengerjakan umrah tidak kesampaian.

“Kalau ikutkan awal Januari lalu, saya merancang nak bawa ibu bercuti ke Dubai dan seterusnya mengerjakan umrah. Perancangan itu hanya melibatkan kami berdua.

“Malah dua tiga hari sebelum dia meniggal pun, kami ada ada berbual tentang perancangan tersebut.

“Namun ia tidak menjadi kenyataan apabila ibu pergi terlebih dulu  sebelum saya sempat membawanya ke sana,” katanya dalam nada terkilan.

Dalam perkembangan lain, Zul turut tercalon dalam tiga kategori di Anugerah MeleTOP Era 2018 menerusi Bintang Filem Meletop (JRevolusi dan Tombiruo),  Pelakon TV Meletop. Selain itu drama lakonan Zul, Titian Cinta turut tercalon untuk kategori Drama MeleTOP.
Zul terkilan, hasrat umrah bersama ibu tidak kesampaian Zul terkilan, hasrat umrah bersama ibu tidak kesampaian Reviewed by Kakigosip on 22:16:00 Rating: 5
Powered by Blogger.