Zizan ungguli pencalonan Akhir AME2018

PELAKON dan pelawak Zizan Razak mengungguli senarai pencalonan akhir Anugerah MeleTOP Era (AME2018) apabila tercalon dalam empat kategori, iaitu Bintang Filem MeleTOP, Fesyen MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP dan Grup/Duo MeleTOP bersama SonaOne.

Selain itu filem lakonannya, Abang Long Fadil 2 juga turut dicalonkan dalam kategori Filem MeleTOP.

AME2018 yang mempertandingan 16 kategori ini turut menyaksikan Zul Ariffin, Siti Nordiana dan Jep Sepahtu mengekori di belakang dengan pencalonan kedua terbanyak apabila masing-masing tercalon untuk tiga kategori.

Advertisement

Dalam masa yang sama, edisi kelima AME ini menyaksikan kemaraan artis-artis angkatan baharu atau sekarang lebih dikenali sebagai Budak Budak Baru Nak Up (BBNU) di mana banyak kategori yang menampilkan mereka sebagai calon.

Berbeza dengan penganjuran sebelum ini, AME 2018 tampil dengan kelainan apabila tidak lagi menampilkan  pengacara bersama untuk mengendalikan pentas utama  bersama pengacara utama, Nabil Ahmad dan Neelofa.


Sebaliknya penonton bakal dihiburkan dengan aksi barisan selebriti jemputan mewarnai pentas secara bergilir-gilir.

Antaranya Pok Ya Cong Codei atau Sabri, Yunus, Datuk Awie, Zul Ariffin dan lain-lain.

Menurut Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Harris, AME2018 akan menyaksikan gandingan artis baharu dan lama untuk sama-sama mewarnai acara ini.

“AME2018 akan tampil lebih prestij dan  matang menerusi penganjuran edisi kelima ini.

“Kami tidak hanya mengetengahkan artis-artis angkatan baharu, tetapi juga artis-artis lama untuk memeriahkan acara ini,” katanya.

AME2018 bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada jam 9.00 malam, 8 April depan.

Senarai Penuh Pencalonan Akhir AME 2018

Lagu MeleTOP

1. Bayang (Khai Bahar)

2. Dirgahayu (Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir)

3. Jampi (Hael Husaini)

4. Nakal Nakal Nakal (Ayda Jebat)

5. Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)

Filem MeleTOP

1. Abang Long Fadil 2

2. Bisik Pada Langit

3. J Revolusi

4. Kimchi Untuk Awak

5. Tombiruo: Penunggu Rimba



Hos MeleTOP

1. Alif Satar

2. Dato’ AC Mizal

3. Jihan Muse

4. Nabil Ahmad

5. Siti Nordiana



Fesyen MeleTOP

1. Fattah Amin

2. Neelofa

3. Nurfazura

4. Syafiq Kyle

5. Zizan Razak



Penyanyi MeleTOP

1. Ayda Jebat

2. Hael Husaini

3. Haqiem Rusli

4. Khai Bahar

5. Siti Nordiana



Bintang Filem MeleTOP

1. Janna Nick

2. Nur Fazura

3. Zizan Razak

4. Zul Ariffin (J Revolusi)

5. Zul Ariffin (Tombiruo)



Couple MeleTOP

1. Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

2. Akim Ahmad & Stacy

3. Amyra Rosli & Amar Baharin

4. Jep Sepahtu & Sariyanti

5. Mia Ahmad & Izham Tarmizi



Si Cilik MeleTOP

1. Aaisyah Dhia Rana

2.  Arif Jiwa Asyraf

3. Lara Alana

4. Syeriv Samheizy

5. Yusuf Iskandar



Pelakon TV MeleTOP

1. Fattah Amin

2. Neelofa

3. Siti Nordiana

4. Syafiq Kyle

5. Zul Ariffin



Program MeleTOP

1. Gegar Vaganza 4 (Minggu 1)

2. Gema Gegar Vaganza

3. Maharaja Lawak Mega 2017

4. Sepahtu Reunion Live 2017

5. Tazkirah Malam Jumaat



Artis Baharu MeleTOP

1. As’ad Motawh

2. Farah Nabilah

3. Fendy Bakry

4. Hannah Delisha

5. Wany Hasrita



Artis Lawak meleTOP

1. Fikry Ibrahim

2. Jep Sepahtu

3. Kamal Adli

4. Sharifah Sakinah

5. Zizan Razak



Penyampai Radio MeleTOP

1. DJ Lin

2. Fad

3. Jep

4. Johan

5. Radin



Grup Duo MeleTOP

1. Akim & The Majistret

2. Caliph Buskers & Faizal Tahir

3. Datuk Seri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

4. Tajul & Wany Hasrita

5. Zizan Razak & SonaOne



Drama MeleTOP

1. Cekelat Semanis Honey

2. Hero Seorang Cinderella

3. Mencintaimu Mr Photographer

4. Red Velvet

5. Titian Cinta



Program Radio MeleTOP

1. Johara Pagi Era

2. Petang Era

3. Santai Sinar

4. Super 40 Era

5. Suria Cinta
Zizan ungguli pencalonan Akhir AME2018 Zizan ungguli pencalonan Akhir AME2018 Reviewed by Kakigosip on 05:49:00 Rating: 5
Powered by Blogger.