Ziana Zain menangis di atas pentas

AKIBAT daripada krisis rumah tangga yang dihadapi, penyanyi kesayangan ramai, Ziana Zain dilihat menangis ketika sedang mengadakan persembahan.

Ziana dikatakan menitiskan air mata ketika menyanyikan lagu sedih.

Kejadian ini berlaku di majlis  makan malam Mood Republik yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, malam tadi.

“Sebagai selebriti, perlu fokus kepada karier. Tetapi dalam masa yang sama banyak perkara yang berlaku.

“Macam mana pun hidup perlu diteruskan,” ujarnya sebak.

Kata-kata Ziana tersebut mendapat sorakan semangat daripada tetamu yang hadir.

Selepas mendapat kata-kata semangat, Ziana meneruskan persembahannya.

Terdahulu, suami Ziana, Armin Zaharin, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mendera anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, jam 4 pagi pada 25 Februari lalu.

Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah, Putus Terpaksa dan banyak lagi itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9 tahun.
Ziana Zain menangis di atas pentas Ziana Zain menangis di atas pentas Reviewed by Kakigosip on 05:03:00 Rating: 5
Powered by Blogger.