Zainal Abidin boleh melawak rupanya...

EDISI keenam Lawak Ke Der menyaksikan penyanyi Datuk Zainal Abidin dan selebriti Singapura, Gurmit Singh antara barisan baru pelawak pementasan yang akan berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 29 hingga 31 Mac ini.

Persembahan lawak secara bersahaja itu turut menampilkan pelawak, Datuk Afdlin Shauki dan kumpulan Shiro.

Manakala Sherry Al-Hadad dan Shuk akan mengalas tugas sebagai pengacara.

Penerbit, Datuk Hans Isaac berkata, Zainal mempunyai bakat membuat lawak dan kelebihan penyanyi itu turut diakui Afdlin.

"Saya terhibur menyaksikan Zainal membuat lawak spontan dengan penonton ketika menghadiri konsertnya baru-baru ini.




"Kelebihan beliau membuat saya tertarik untuk mengundangnya membuat persembahan di Lawak Ke Der," katanya.

Walaupun sudah lima kali penganjuran, Hans berkata pementasan kali ini akan mengetengahkan lawak segar yang belum dipaparkan sebelum ini.

"Barisan pelawak sebelum ini juga hebat, namun selepas setahun Lawak Ke Der berehat, saya mahu pementasan ini kembali dengan kandungan lawak baru.

"Walaupun akan membabitkan kisah pengalaman hidup dan peribadi pelawak, kami tidak akan menyentuh isu sensitif," katanya.

Harga tiket menyaksikan Lawak Ke Der 2018 bermula dari RM58 ke RM208 dan boleh didapati menerusi laman web https://airasiaredtix.com.

Diskaun sebanyak 15 peratus diberikan kepada wrga emas dan pelajar.
Zainal Abidin boleh melawak rupanya... Zainal Abidin boleh melawak rupanya... Reviewed by Kakigosip on 06:58:00 Rating: 5
Powered by Blogger.