Wany Hasrita dikuarantin, hidap Influenza B

PENYANYI popular Wany Hasrita telah dikejarkan ke hospital lebih kurang jam 7 pagi tadi.

Setelah pemeriksaan dilakukan, penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu ini disahkan menghidap penyakit Influenza B.

Menurut Pengurus Artis, Amy, sebelum ini Wany ada mengadu kurang sihat namun pagi tadi keadaannya lebih serius.

“Ibunya telah membawa Wany ke hospital dan terus ditahan dan dikuarantin oleh kerana penyakit ini boleh berjangkit.

“Mungkin seminggu Wany akan direhatkan sehingga dia benar-benar pulih,” jelasnya lagi.

Difahamkan Wany mempunyai persembahan sempena Karnival Harta Di Intelek di Paradigm Mall hari ini bersama-sama penyanyi lain iaitu Hael Husaini, Ayda Jebat, Aiman Tino dan Janna Nick.

Namun oleh kerana keadaan kesihatannya, tempat Wany akan digantikan oleh Haqiem Rusly.

“Segala kesulitan amat dikesali,” tulis di Instagram @wanyhasrita
Wany Hasrita dikuarantin, hidap Influenza B Wany Hasrita dikuarantin, hidap Influenza B Reviewed by Kakigosip on 22:10:00 Rating: 5
Powered by Blogger.