'Trangenders' Ini Menangis Saat Diterima Jadi Pembaca Berita TV Pakistan

Impian seorang 'trangenders' dikenali sebagai Marvia Malik untuk menjadi pembaca berita terlaksana apabila dia diterima bekerja di saluran berita sebuah stesen televisyen di Pakistan.

Ia juga merupakan satu sejarah buat negara tersebut yang memilih golongan itu sebagai kru penyiaran televisyen.

Marvia Malik, seorang graduan kewartawan yang juga pernah bekerja sebagai model memberitahu BBC, dia menangis apabila ditawarkan pekerjaan tersebut.

Selepas tiga bulan latihan, Marvia akhirnya bertugas di penyiar swasta Kohenoor pada Jumaat lalu.

Sedia maklum, golongan trangenders menghadapi diskriminasi di Pakistan dan rata-rata mereka terpaksa berjuang untuk mencari pekerjaan. Paling teruk mereka dipaksa menari atau melacur demi mendapatkan wang bagi meneruskan kehidupan.

..

Tidak dapat diluahkan dengan kata-kata, Marvia menjelaskan dia menjerit sekuat hati apabila mendapat tahu dia ditawarkan pekerjaan tersebut.

Kini, Marvia berharap kerja yang diperolehinya akan membantu memperbaiki kehidupan masyarakat transgenders di Pakistan.
'Trangenders' Ini Menangis Saat Diterima Jadi Pembaca Berita TV Pakistan 'Trangenders' Ini Menangis Saat Diterima Jadi Pembaca Berita TV Pakistan Reviewed by Kakigosip on 04:51:00 Rating: 5
Powered by Blogger.